Kedermawanan Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza semasa acara Malay Mail Big Walk 2007, acara amal untuk mengumpul dana kanak-kanak yang menghidap kanser tulang.[409]

Beliau juga mengasaskan tabung bantuan kemanusiaan kepada para petugas barisan hadapan (frontliners) ekoran dari Pandemik COVID-19 dan dikenali sebagai Tabung PKP Siti Nurhaliza (Siti Nurhaliza PKP Fund). Sehingga 15 April 2020, sebanyak RM 2,172.00 telah terkumpul.[410] Sepanjang kerjayanya, Siti telah terlibat dalam beberapa acara berkaitan amal, termasuk mengadakan konsert amal,[411] rumah terbuka[412] dan melancarkan tabung amalnya sendiri.[413][414] Pada Mac 2004, beliau menubuhkan Tabung Prihatin Siti, menjadikan beliau artis Malaysia pertama yang mempunyai tabung amal bersempena namanya yang bermatlamat untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM 50, 000 untuk rawatan perubatan dan pendidikan kanak-kanak.[413] Pada Januari 2005, beliau mendermakan sebanyak RM 35, 000 kepada tiga pertubuhan berbeza untuk mangsa tsunami 2004 sebelum konsertnya di Royal Albert Hall pada April tahun yang sama.[415] Setahun kemudian, pada Februari, beliau mendermakan RM 500, 000 untuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dimana beliau juga dilantik sebagai duta kempen.[416] Enam bulan kemudian, beliau dan suaminya menubuhkan Yayasan Nurjiwa yang berkhidmat sebagai platform untuk membantu mereka yang memerlukan melalui konsert amal dan acara makan malam dimana wang akan didermakan kepada pertubuhan yang terpilih.[414] Pada 2009, beliau dan suaminya mendermakan RM 1.5 juta untuk membina masjid baru di Tikam Batu, Kuala Muda dimana tanah itu diberikan sebagai wakaf oleh kedua-dua mereka dan ibu mertua Siti, yang mana sebelum ini suaminya juga telah mendermakan sejumlah wang untuk membina dua masjid di Kuala Lumpur dan Pattani, Thailand[417] yang akhirnya disiapkan pada Februari 2011 dan dirasmikan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.[418] Pada 2011, Siti dan suaminya telah mendermakan sejumlah zakat kepada 200 warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) di Tikam Batu sebagai sebahagian daripada tradisi mereka menyediakan mereka dengan sarung, batik dan Duit Raya (duit poket semasa Hari Raya Aidilfitri) untuk kanak-kanak.[412]

Rujukan

WikiPedia: Siti Nurhaliza http://mediapermata.com.bn/kemenangan-aim-22-penca... http://www.mynewshub.cc/2016/06/22/hari-kemenangan... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/creacion-jen... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/datuk-siti-n... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-05/0... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1279654... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1426675... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1483499... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1505644... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1508861...